Perlu temujanji untuk gambar pasport?+
Tidak. Gambar pasport dan isi borang boleh walk-in, dan gambar pasport siap sambil anda tunggu.
Harga termasuk fi kerajaan?+
Tidak. Harga kami untuk servis kedai sahaja. Fi kerajaan (jika ada) adalah berasingan.
Photo booth dah boleh ditempah?+
Belum lagi, photo booth akan datang. Tekan “Beritahu saya bila dibuka” dan kami akan maklumkan melalui WhatsApp sebaik sahaja tempahan dibuka.
Buka hujung minggu?+
Kami buka setiap hari, 8:00 pagi – 5:00 petang, termasuk hujung minggu. Kami tutup pada cuti umum.
Borang apa yang boleh dibantu?+
Borang kerajaan seperti imigresen, visa, pas dan permit (RM10), serta borang perniagaan. Kami juga menaip surat rasmi & peribadi (RM15) dan sediakan resume. Bawa IC, pasport atau kad IMM13 dan dokumen berkaitan.
Boleh buat cop syarikat, bunting atau banner?+
Boleh. Kami terima tempahan cetakan kustom: cop syarikat, bunting, banner, kad jemputan, tanda nama, kad nama dan cenderamata. Harga ikut saiz, kuantiti dan reka bentuk, jadi WhatsApp kami butiran tempahan untuk sebut harga.
Ada servis duti setem?+
Ya, kami bertindak sebagai ejen pengurus duti setem (stamp duty). WhatsApp kami dahulu untuk semak dokumen yang diperlukan dan caj servis.
Boleh beli alat tulis atau bingkai gambar?+
Boleh. Kami jual alat tulis, bahan cetakan, kelengkapan pejabat, bingkai gambar dan album foto, di kedai dan atas talian. Tanya stok dan harga melalui WhatsApp.